Bekas Tim Pen SB Dedah Lokasi Persembunyian Saksi Utama Skandal SRC


‎Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri tampil mendedahkan empat perkara kepada umum.

Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam SB, mengenai pertukaran beliau ke JPM, mengenai tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan mengenai nadi rakyat.

" Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia."

" Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di Damansara hari ini.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi utama SRC International Sdn Bhd dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu".
Tanpa memberi maklumat secara terperinci, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi utama itu sebelum ini bersembunyi di Indonesia dan Thailand.
Bagaimanapun, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi itu kini berada di New Zealand untuk menyembunyikan dirinya.
"Ada usaha untuk sembunyikan saksi utama SRC International. Mereka ialah saksi yang dikehendaki oleh SPRM.
"Salah seorang saksi utama telah berjaya larikan diri. Mula-mula ke Indonesia, kemudian Thailand. Sekarang dia bersembunyi di New Zealand.
"Ada usaha (supaya) saksi menyembunyikan diri dengan bantuan kuasa-kuasa tertentu," katanya dalam sidang media hari ini. -MK

Tahan pegawai SPRM tindakan jijik, hina

Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, itu juga menyifatkan tindakan menahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perbuatan jijik dan hina.

Bekas pemimpin nombor dua di Cawangan Khas itu berkata, tindakan itu dilihat sebagai tidak melihat kepada semangat undang-undang. 

"Sepatutnya guna pendekatan lain sepetti memanggil mereka memberikan keterangan sahaja bukannya menangkap mereka. 

"Mereka adalah pegawai kerajaan yang berintegriti, bukan samseng bukan pengamal ajaran sesat," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang melakukan siasatan kepada pegawai SPRM yang sedang menyiasat kebocoran maklumat syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Wall Streel Journal (WSJ).

Jelasnya, tindakan sedemikian akan menakutkan lagi pegawai-pegawai kerajaan melakukan tugas.

Saya ditukar mungkin kerana gesa siasatan 1MDB telus

Beliau turut menyatakan yang terkejut apabila TPM yang juga Menteri Dalam Negeri tepuk belakang dan berkata, beliau sudah jumpa PM selepas solat Jumaat dan ada dua pilihan ke mana saya hendak pergi iaitu sama ada ke Majlis Keselamatan Negara atau JPM.
Hamid berkata beliau juga mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum bertemu Zahid, di mana beliau memberitahu ketua polis negara itu hasratnya untuk kekal dalam pasukan polis.
"Saya terpaku dan terkejut. Tetapi, pada 17 Ogos, saya terima arahan pertukaran untuk memegang jawatan sebagai timbalan pengarah bahagian jenayah rentas sempadan.
"Ia membuatkan saya berfikir, kenapa mereka perlu ada unit ini apabila kita sudah ada unit pencegah keganasan dan jabatan lain yang boleh diharap," kata Hamid.
Katanya, selepas menerima arahan itu, beliau bertanya JPM mengenai unit itu.
"Saya diberitahu yang jawatan itu belum siap lagi dan Jabatan Perkhidmatan Awam masih sedang memikirkan tentangnya."
Jawapan yang diterimanya itu membuatkan beliau percaya jawatan itu hanya dicipta dan pertukaran itu dibuat bagi menempatkan beliau dalam keadaan “cold storage” (tugasan dibekukan). -TMI

Bekas Tim Pen SB Dedah Lokasi Persembunyian Saksi Utama Skandal SRC Bekas Tim Pen SB Dedah Lokasi Persembunyian Saksi Utama Skandal SRC Reviewed by suarakami on 11:42 PG Rating: 5

2 ulasan:

  1. Bagaimana rupa dia ya?...mana tau saya akan terjumpa dgn nye nanti, sebab saya pun tinggal di New Zealand....

    BalasPadam
  2. Bagaimana rupa dia ya?...mana tau saya akan terjumpa dgn nye nanti, sebab saya pun tinggal di New Zealand....

    BalasPadam

suarakami. Dikuasakan oleh Blogger.