Gani Patail Dedah Derma RM2.6 Bilion Najib Perbuatan JENAYAH


Akhirnya Gani Patail Bersuara?.. Najib Kantoi?.. Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.

"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

"Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib.

"Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Akhirnya Gani Patail Bersuara?.. Najib Kantoi?..

Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.

"Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.

"Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.

Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti.

Admin:

Ini bukan fitnah tetapi ini sepertimana di dakwa oleh Muhyiddin dan dipercayai Gani Patail ditukarkan pun atas sebab ini. Untuk mengukuhkan dakwaan ini, Muhyiddin perlu buat akuan bersumpah dan sertakan bukti-bukti.


Gani Patail Dedah Derma RM2.6 Bilion Najib Perbuatan JENAYAH Gani Patail Dedah Derma RM2.6 Bilion Najib Perbuatan JENAYAH Reviewed by suarakami on 11:04 PG Rating: 5

5 ulasan:

  1. Yg betul2 tak guna dan tidak melaksanakan amanah ialah ketua cawangan dan ketua bahagian. Kalaumereka ini bukan jenis bodoh, penakut dan pelahap perkara buruk ini tak mungkin berlaku sehingga tiada jalan penyelesaian.

    BalasPadam
  2. Yg betul2 tak guna dan tidak melaksanakan amanah ialah ketua cawangan dan ketua bahagian. Kalaumereka ini bukan jenis bodoh, penakut dan pelahap perkara buruk ini tak mungkin berlaku sehingga tiada jalan penyelesaian.

    BalasPadam
  3. Nasi sudah jadi bubur Gani, selama nie hilang kemana?

    BalasPadam
  4. aku hairan juga. setelah sekian lama isu ini tapi ghani patail sendiri sampai sekarang tidak buat apa-apa laporan pada pihak sprm. kenapa? dan jika benar ianya SAHIH kenapa ianya tidak didedahkan? malahan Tun sampai sekarang pun tak tahu apa-apa akan jumlah dalam akaun Najib. so....apakah benar ianya satu bukti yang sahih? kalau ikut kata muhyiddin yang sampai nak pengsan bila nampak jumlah dalam akaun najib. biar betul. boleh percaya lagi ke dengan isu seperti ini?

    BalasPadam
  5. aku hairan juga. setelah sekian lama isu ini tapi ghani patail sendiri sampai sekarang tidak buat apa-apa laporan pada pihak sprm. kenapa? dan jika benar ianya SAHIH kenapa ianya tidak didedahkan? malahan Tun sampai sekarang pun tak tahu apa-apa akan jumlah dalam akaun Najib. so....apakah benar ianya satu bukti yang sahih? kalau ikut kata muhyiddin yang sampai nak pengsan bila nampak jumlah dalam akaun najib. biar betul. boleh percaya lagi ke dengan isu seperti ini?

    BalasPadam

suarakami. Dikuasakan oleh Blogger.