Walau terpenjara, rakyat tetap mahu Anwar jadi PM


Majoriti rakyat Selangor berpendapat bahawa Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim perlu menerajui kepimpinan
negara bagi mengembalikan kecemerlangan Malaysia.

Dapatan ini diperolehi hasil tinjauan badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor - Institusi Darul Ehsan (IDE) ke atas pengundi di 56 kawasan pilihan raya di negeri itu.

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dr Redzuan Othman ketika membentangkan kajian tersebut berkata, sebanyak 40% responden bersetuju Anwar diangkat sebagai ganti Perdana Menteri berbanding 31% tidak setuju manakala hanya 29% tidak pasti.

Redzuan berkata, walaupun Anwar berada dalam tahanan ekoran kes Fitnah 2, ternyata bekas Ketua Pembangkang itu masih mempunyai pengaruh cukup besar di kalangan rakyat terutama di Selangor.

“Kita dapati bahawa kepimpinan beliau masih diperlukan. Sejak beliau ditahan, hampir kesemua tinjauan kita akan melibatkan saudara Anwar untuk kita mengetahui sejauh mana pengaruh beliau.

“Ini satu perkara yang akan mengingatkan bahawa walaupun beliau berada dalam tahanan, tetapi beliau masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan masyarakat terutama para pengundi,” katanya pada sidang media pembentangan kajian itu di Hotel Carlton, di sini.

Tinjauan yang dilakukan IDE pada 26 Ogos hingga 30 Ogos itu melibatkan 1,761 pengundi.

Selain itu, 51% responden juga mengakui Anwar dizalimi dan perlu dibebaskan segera. Majoriti 57% pengundi terlibat adalah dari kaum Cina, diikuti India (55%) dan Melayu (47%).

Mereka juga turut menyokong Anwar sebagai pemimpin Malaysia membelakangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Yang paling tinggi adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (30%) diikuti dengan Mahathir (24%). Ada yang mengatakan jika digabungkan Anwar dan Mahathir, membolehkan Malaysia diperintah Perdana Menteri baru,” jelas Redzuan.


Tinjauan itu juga mendapati majoriti 59% pengundi Selangor menyokong Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri

Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, berbanding Barisan Nasional yang hanya memperoleh 29% sokongan.
Walau terpenjara, rakyat tetap mahu Anwar jadi PM Walau terpenjara, rakyat tetap mahu Anwar jadi PM Reviewed by suarakami on 10:44 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

suarakami. Dikuasakan oleh Blogger.